Friday, August 20, 2010

Pertandingan Melukis


Berhubungan Hari Kemerdekaan Malaysia yang bakal menjelang tiba, kami Pihak PKPMI Cawangan Palembang mengadakan sebuah pertandingan melukis yang bertemakan "Malaysia Tanah Airku"

Para pelajar/ ahli PKPMI Cawangan Palembang sangat2 digalakkan untuk turut memeriahkan pertandingan ini. Curahkanlah idea kreatif anda ke atas sehelai kertas tentang bagaimana Malaysia di mata anda sendiri. Anda mungkin berpeluang untuk memenangi

HADIAH ISTIMEWA!!!

Friday, August 13, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Kami dari PKPMI Cawangan Palembang mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam

Wednesday, June 9, 2010

Bandung Games 2010

Kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa akan diadakan acara sukan seperti berikut:

Bandung Games 2010
Tempat : Kota Bandung
Tarikh : 8-10 Oktober 2010

Penyertaan dibuka kepada semua mahasiswa Malaysia di Indonesia
Penginapan dan makanan akan disediakan oleh penganjur selama acara berjalan
Biaya perjalanan adalah dibawah tanggungan peserta.

Acara-acara yang akan diadakan adalah:

  1. Futsal (lelaki & perempuan)
  2. Volley Ball (lelaki & perempuan)
  3. Basketball (lelaki sahaja)
  4. Netball (perempuan sahaja)
  5. Badminton (Format Piala Sudirman)
  6. Bowling
  7. Sukan rakyat
  • sepak raga
  • congkak
  • batu seremban
  • tengteng

p/s: Kepada sesiapa yang berminat, sila berikan nama anda sebelum 15 Agustus 2010
jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Shahir atau Syahmi
Thanks