Saturday, November 21, 2009

Karnival Sukan



KARNIVAL SUKAN SEMAKIN DEKAT
BUKAN HANYA SATU TAPI EMPAT ACARA
DENGAN SATU TEKAD DAN SATU SEMANGAT
BEKERJASAMA MERENTASI SEMUA

TOGETHER WE UNITE!!!

4 Rumah Sukan
(click pada nama rumah untuk senarai nama ahli)


4 Acara:

Badminton
Tarikh : 6 Disember 2009 (Ahad)
Waktu : 8.00 pagi
Tempat : Lapangan Bulu Tangkis Padang Selasa

Sukaneka
Bola Tampar
Futsal

p/s : akan diberitahu kemudian

MARILAH BERSUKAN UNTUK KESIHATAN!!

Monday, November 2, 2009

MALAM 1MALAYSIA

Majlis Malam 1Malaysia telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Jayakarta Daira, Palembang. Majlis ini turut dihadiri oleh Rektor Universitas Sriwijaya, Prof. Dr Badya Perizade selain 82 orang pelajar Malaysia di Palembang. Majlis yang bertemakan sambutan Aidilfiri dan Deepavali ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari MC dan diikuti dengan alunan indah ayat-ayat suci al-Quran oleh Muhammad Qusyairi Fukuruddin. Majlis dilanjutkan dengan acara penyerahan fail sebagai simbolik penurunan kuasa daripada barisan pimpinan sesi lalu kepada pucuk pimpinan yang baru secara rasmi.



Sambil menjamu selera, para tetamu turut dihiburkan oleh 2 mahasiswi, Varaa dan Sangeetha dengan sebuah lagu yang bertajuk 'Down'. Di dalam majlis ini, turut diselitkan majlis perpisahan buat 3 pelajar yang akan menamatkan pengajian dalam bidang perubatan umum pada hujung tahun ini. Mereka adalah:
  • Ernita bt Karim
  • Izyan Ili bt Abu Hassan
  • Nurul Annisa bt Kamar Din
Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah sebagai tanda alu-aluan buat mahasiswa-mahasiswa Malaysia yang baru menjejakkan kaki bumi Palembang ini. Dua nama iaitu Azril dan Jasprit telah dipetik sebagai King & Queen of the night. Dan sebagai tirai penutup, sebuah persembahan daripada angkatan 2007 yang menanmpilkan 4 jenis tarian, iaitu tarian tamil, cina, melayu dan hindi dipersembahkan.

Sunday, November 1, 2009

Thank You

TQ to all student Malaysia yang turut serta menjayakan Majlis Malam 1Malaysia. It was a wonderful coorperation. N kami juga meminta maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul di majlis tadi. Ianya di luar jangkauan kami.

Tq again for ur cooperation.