Tuesday, February 15, 2011

Kongres di Bali

Pertama sekali, diucapkan TAHNIAH!! buat saudara Khairul Hafidz Al-Khair kerana terpilih sekali lagi untuk memegang amanah sebagai YDP Pusat untuk sesi baru yaitu sesi 2010/2011.


Lima orang dari Palembang turut menghadiri Kongres Nasional PKPMI Kali Ke-37 yang bertemakan "Transformasi PKPMI Ke Arah Profesionalisme Berpersatuan" ini. 3 daripadanya yaitu YDP kita sendiri, Mohamad Shahir, setiausaha, Nor Azlan dan bendahari Harvinder Singh telah datang sebagai wakil dari PKPMI Cawangan Palembang. Pada mulanya nYDP kita, Amir Syahmi memutuskan untuk pergi ke kongres tersebut tetapi terdapat urusan lain yang menghalangi niatnya. 2 lagi ahli kita turut menyertai kongres itu adalah Safiah Atiqah yang hadir sebagai Exco Penerbitan Pusat dan Auni Liyana 'Amirah sebagai AJK Exco Penerbitan Pusat. Semoga pulangnya mereka dapat memberi sesuatu yang baru untuk kita kongsi bersama.


Sedikit cenderamata dari Palembang untuk Dato' Khaled Nordin


Pemberian Majalah SCOOP