Thursday, December 17, 2009
Selamat Tahun Baru Hijrah 1431
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Majlis Sambutan Maal Hijrah dapat dijalankan dengan lancar. Majlis yang sederhana ini memuatkan bacaan doa akhir tahun, solat maghrib berjemaah, bacaan doa awal tahun, bacaan yasin, tazkirah pendek mengenai bulan muharram dan diakhiri dengan solat isyak berjemaah. Terima kasih kepada ahli-ahli yang sudi hadir demi menjayakan lagi majlis ini.
Wednesday, December 16, 2009
Kelebihan Bulan Ramadhan
- Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
- Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
- (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
- (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
- Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
- Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
- Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
- Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
- a) `Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
- b) `Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
- c)` Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
- d) `Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, ````melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan ````syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
- e) `Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika ````menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
- Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
- Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
- Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
- Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
- Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
- Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
- - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
- - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
- - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
- - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
- - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
- - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
- Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
- Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
- - Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
- - Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
- - Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
- - Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
- - Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
- - Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
- - Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
- "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)
- "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
- "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
- "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
- Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
- Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
- Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
- Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
- Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
- Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
- Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
- Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
- Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
- Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).
Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi
Monday, December 7, 2009
Karnival Sukan (Badminton)
06/12/2009
Seperti yang telah dirancang, acara pertama Karnival Sukan PKPMI 09/10 iaitu acara Badminton telah dilangsungkan dengan jayanya oleh ahli-ahli PKPMI sendiri. Acara yang di'conduct' oleh saudari Auni Liyana 'Amirah ini mempertandingkan 5 kategori iaitu:
Single lelaki
Double Lelaki
Single Perempuan
Double Perempuan
Mix
Acara yang direncanakan memakan masa sehingga 6 jam ini berjaya dihabiskan hanya dalam masa 4 jam. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli kerana memberi kerjasama yang amat baik. We really appreciate it!!
Teruslah bersemangat menaikkan markah rumah masing-masing di samping memupuk kerjasama dan silaturrahim sesama kita
Wednesday, December 2, 2009
Jemputan Aidil Adha dari Jambi
Pada minggu lepas, mahasiswa mahasiswi Jambi (Malaysian) telah menjemput semua pelajar Malaysia di Palembang untuk turut serta menyambut Aidil Adha bersama-sama mereka. Memandangkan ramai yang pulang untuk meraikan Aidil Adha di samping keluarga tercinta, hanya 15 pelajar yang menerima jemputan ini. Mereka terdiri daripada 10 mahasiswi dan 5 mahasiswa. Perjalanan ke Jambi ini diketuai oleh nYDP kita sendiri iaitu Amir Syahmi. Berikut adalah tentatif perjalanan ke Jambi
Khamis 26/11/2009
3.00 ptg : bertolak dari Palembang (travel-3 buah innova)
11.00 mlm : tiba di Jambi
pelajar2 disambut dengan mesra oleh mahasiswa2 Jambi.
terdapat sesi pembakaran lemang malam itu
Jumaat 27/11/2009
7.00 pagi : bersama-sama menunaikan Solat Sunat Aidil Adha di masjid berdekatan
9.00 pagi : korban lembu berlangsung
9.30 pagi : ke rumah rakan kuliah yang tinggal di Jambi (pergi beraya)
12.00 tgh/hari : pelajar lelaki bersama2 menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan
2.00 ptg : bertolak ke kampong raja utk outbond dan rekreasi
8.00 mlm : Majlis Sambutan Aidil Adha
12.00 mlm : friendly futsal (pelajar lelaki)
di kampong raja :
terdapat outbond, bumper boat, water bicycle dan jasmine waterpark
Majlis sambutan Aidil Adha menghidangkan bermacam2 jenis juadah dari daging lembu korban, antaranya sup gearbox, kari daging, sambal daging dan mcm2 lagi.
Terdapat juga minuman penutup iaitu cocktail
Sabtu 28/11/2009
9.00 pagi : bergerak ke Tangga Raja
10.00 pagi : naik ketek ke Candi Tinggi
12.00 tgh/hari : tiba di Candi Tinggi
2.30 ptg : bertolak dari Candi Tinggi
4.30 ptg : membeli belah di WTC
6.00 ptg : pulang dan berkemas
8.00 mlm : bertolak dari Jambi
1.00 pagi : tiba di Palembang
Perjalanan menaiki ketek ke Candi Tinggi mengambil masa 2 jam.
Pemandangan sepanjang perjalanan amat cantik dan menarik
Di Candi tinggi, pelajar-pelajar diterangkan tentang asal usul candi tersebut oleh orang tempatan
Terdapat banyak kisah-kisah dan statement menarik berkenaan Candi tersebut.
antaranya, barang sesiapa membawa pacar ke candi, nanti pulang akan putus hubungan itu.
Sekali lagi, dari pihak PKPMI Cawangan Palembang sendiri mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput kami untuk bersama-sama meraikan Aidil Adha dan dari kontijen2 sendiri mengucapkan jutaan terima kasih atas layanan yang amat baik dari pihak Jambi
Semoga kita dapat melakukan aktiviti bersama lagi di masa ke depan
Saturday, November 21, 2009
Karnival Sukan
KARNIVAL SUKAN SEMAKIN DEKAT
BUKAN HANYA SATU TAPI EMPAT ACARA
DENGAN SATU TEKAD DAN SATU SEMANGAT
BEKERJASAMA MERENTASI SEMUA
TOGETHER WE UNITE!!!
4 Rumah Sukan
(click pada nama rumah untuk senarai nama ahli)
4 Acara:
Badminton
Tarikh : 6 Disember 2009 (Ahad)
Waktu : 8.00 pagi
Tempat : Lapangan Bulu Tangkis Padang Selasa
Sukaneka
Bola Tampar
Futsal
p/s : akan diberitahu kemudian
MARILAH BERSUKAN UNTUK KESIHATAN!!
Monday, November 2, 2009
MALAM 1MALAYSIA
Majlis Malam 1Malaysia telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Jayakarta Daira, Palembang. Majlis ini turut dihadiri oleh Rektor Universitas Sriwijaya, Prof. Dr Badya Perizade selain 82 orang pelajar Malaysia di Palembang. Majlis yang bertemakan sambutan Aidilfiri dan Deepavali ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari MC dan diikuti dengan alunan indah ayat-ayat suci al-Quran oleh Muhammad Qusyairi Fukuruddin. Majlis dilanjutkan dengan acara penyerahan fail sebagai simbolik penurunan kuasa daripada barisan pimpinan sesi lalu kepada pucuk pimpinan yang baru secara rasmi.
Sambil menjamu selera, para tetamu turut dihiburkan oleh 2 mahasiswi, Varaa dan Sangeetha dengan sebuah lagu yang bertajuk 'Down'. Di dalam majlis ini, turut diselitkan majlis perpisahan buat 3 pelajar yang akan menamatkan pengajian dalam bidang perubatan umum pada hujung tahun ini. Mereka adalah:
- Ernita bt Karim
- Izyan Ili bt Abu Hassan
- Nurul Annisa bt Kamar Din
Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah sebagai tanda alu-aluan buat mahasiswa-mahasiswa Malaysia yang baru menjejakkan kaki bumi Palembang ini. Dua nama iaitu Azril dan Jasprit telah dipetik sebagai King & Queen of the night. Dan sebagai tirai penutup, sebuah persembahan daripada angkatan 2007 yang menanmpilkan 4 jenis tarian, iaitu tarian tamil, cina, melayu dan hindi dipersembahkan.
Sunday, November 1, 2009
Thank You
TQ to all student Malaysia yang turut serta menjayakan Majlis Malam 1Malaysia. It was a wonderful coorperation. N kami juga meminta maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul di majlis tadi. Ianya di luar jangkauan kami.
Tq again for ur cooperation.
Saturday, October 17, 2009
Wednesday, October 7, 2009
Ganyang Malaysia
Tarikh 8 oktober 2009 dikabarkan bakal menjadi hari Ganyang Malaysia oleh sebuah pergerakan non-kerajaan BENDERA(benteng demokrasi rakyat).
Semua mahasiswa diingatkan supaya lebih bersahabat dan tidak membuat kenyataan bersifat provokasi.
PERINGATAN DARI KEDUTAAN
semua mahasiswa diminta lebih berhati-hati pada 8/10/09 dan menjauhi tempat-tempat umum pada hari tersebut. sila hubungi teman anda jika anda ditahan atau diganggu.
Terima kasih
Semua mahasiswa diingatkan supaya lebih bersahabat dan tidak membuat kenyataan bersifat provokasi.
PERINGATAN DARI KEDUTAAN
semua mahasiswa diminta lebih berhati-hati pada 8/10/09 dan menjauhi tempat-tempat umum pada hari tersebut. sila hubungi teman anda jika anda ditahan atau diganggu.
Terima kasih
Monday, October 5, 2009
Majlis Resepsi
Pada tanggal 4 Oktober bersamaan hari Ahad pada minggu lalu, Bpk. Zainudin Nawawi (ketua BALITEKS UNSRI), seorang yang sangat dekat dengan kami dan sering mengambil tahu perkembangan mahasiswa Malaysia di sini, telah menjemput semua pelajar Malaysia untuk memeriahkan lagi majlis resepsi perkahwinan puterinya. Di sini, ingin kami mengucapkan, semoga perkahwinan Dhini & Amie kekal sehingga ke akhir hayat..amin...
Saturday, October 3, 2009
MALAM 1MALAYSIA
perhatian!!
MAJLIS MALAM 1MALAYSIA
Tempat: Hotel Jayakarta Daira, Palembang
Tarikh: 1 november 2009
Waktu: 5.00 petang-10 malam
Bayaran: Rp60,000 SAHAJA
Semua mahasiswa diwajibkan hadir dengan pakaian kebangsaan yang SOPAN
SEBARANG MASALAH SILA HUBUNGI AJK BATCH MASING-MASING
rumah sakit-Naquiyuddin
2006-nurulhusna
2007-Shahmila
2008 & 2009-Qusyairi
Monday, September 28, 2009
Barisan Kepimpinan PKPMI Cawangan Palembang
MAJLIS TERTINGGI KEPIMPINAN PKPMI CAWANGAN PALEMBANG 2012/2013
Yang DiPertua
Kesavan Chandrasekar
Naib Yang DiPertua
Pervinder Singh
Setiausaha
Dhatchaayiny Chelvam
Naib Setiausaha
Mohd Quarratul Aiman
Bendahari
Preetibah Ratenavelu
Naib Bendahari
Anil Prem Singh
Juru Audit 1
Zariff Fahim
Juru Audit 2
Daniela Selvam
@};--
EXCO
AGAMA
Qusyairi
Ilamathi
KEBAJIKAN
Ilamathi
KEBAJIKAN
Sree Raja Lakshmy
IMIGRASI
Kesavan Chandrasekar
SUKAN
Faris
Pervinder Singh
Pervinder Singh
MULTIMEDIA
Hakim Razif
Dhatchaayiny Chelvam
Dhatchaayiny Chelvam
@};--
AHLI JAWATAN KUASA
Angkatan 2007
Mohammad Shahir
Angkatan 2008
Sathia Rooban
Angkatan 2009
Anil Prem Singh
Angkatan 2010
Areza
Angkatan 2011
Siva Nanthini
Angkatan 2012
Anish
PERASMIAN
Bismillahirahmanirahim
Dengan ini, blog PKPMI cawangan Palembang rasmi dilancarkan.
diharapkan blog ini mampu membawa kebaikan kepada kita semua.
antara bahan yang akan dimuatkan di dalam blog ini:
1)Info-info terbaru mengenai aktiviti PKPMI cwgn Palembang
2)Laporan aktiviti PKPMI cwgn Palembang
3)Artikel bulanan dari setiap biro
4)Laporan kewangan bulanan PKPMI cwgn Palembang
5)Isu-isu semasa di Malaysia dan Indonesia
Sebarang kritik dan saran boleh dihantar ke email kami
pkpmipalembang@yahoo.com atau meninggalkan komen di blog ini
Dengan ini, blog PKPMI cawangan Palembang rasmi dilancarkan.
diharapkan blog ini mampu membawa kebaikan kepada kita semua.
antara bahan yang akan dimuatkan di dalam blog ini:
1)Info-info terbaru mengenai aktiviti PKPMI cwgn Palembang
2)Laporan aktiviti PKPMI cwgn Palembang
3)Artikel bulanan dari setiap biro
4)Laporan kewangan bulanan PKPMI cwgn Palembang
5)Isu-isu semasa di Malaysia dan Indonesia
Sebarang kritik dan saran boleh dihantar ke email kami
pkpmipalembang@yahoo.com atau meninggalkan komen di blog ini
Saturday, September 26, 2009
Info & Contact
Mess Malaysia Cawangan Palembang
Contact:
Yang DiPertua
Kesavan Chandrasekar
Phone
+6281994987628
E-mail : kesavan_82000@yahoo.com
Naib Yang DiPertua
Pervinder Singh
E-mail : princepervinder@rocketmail.com
Setiausaha
Dhatchaayiny Chelvam
E-mail :cdhatchaayiny@yahoo.com
Naib Setiausaha
Mohd Quarratul Aiman
E-mail : aimanfass@gmail.com
Bendahari
Preetibah Ratenavelu
E-mail :preetibah@live.com
Naib Bendahari
Anil Prem Singh
E-mail : anil261989@yahoo.com
Juru Audit 1
Zariff Fahim
E-mail : zariff_fahim@yahoo.co.uk
Juru Audit 2
Daniela Selvam
E-mail : danie4live@yahoo.com
Boleh juga langsung email kepada :
pkpmipalembang@yahoo.com
Immigration
VISA B
- Dimohon di kedutaan besar Indonesia yang terdapat di Kuala Lumpur atau Pulau Pinang sebelum berlepas ke Indonesia
- Berlaku untuk tinggal di Indonesia selama 60 hari
- Biaya RM170.00
- Setelah tamat tempoh harus diperpanjang di imigrasi tempatan (1 minggu sebelum tamat tempoh)
PERPANJANGAN VISA B
Dimohon di imigrasi tempatan
Berlaku selama sebulan
Biaya : Rp 250, 000
Disertai salinan passport
Setelah diperpanjangkan, hantar salinan kepada pihak Universiti
KONVERSI
- Diposkan ke Jakarta (Pak Osman)
- Biaya : Rp 300, 000
- Disertai :
Surat Izin Belajar
Salinan Passport
Salinan Perpanjangan VISA
Salinan VISA terbaru
Biodata
Surat dari pihak UNSRI
ID Photo
Salinan Passport
Salinan Perpanjangan VISA
Salinan VISA terbaru
Biodata
Surat dari pihak UNSRI
ID Photo
SURAT DARI KANTOR WILAYAH
- Dimohon di Kantor Wilayah setelah surat konversi dikeluarkan
- Biaya : Rp 250, 000
- Diperlukan untuk memohon KITAS
KITAS (Kartu Izin Tinggal Sementara)
- Dimohon di imigrasi tempatan
- Disertai:
Passport
Salinan Passport
ID photo 2x3 (4 keping)
ID photo 3x4 (4 keping)
Salinan Passport
ID photo 2x3 (4 keping)
ID photo 3x4 (4 keping)
- Biaya : lebih kurang Rp 800, 000
- Berlaku untuk setahun
- Setelah KITAS siap, serahkan satu salinan KITAS kepada pihak Universiti
BUKU BIRU
- Disertai dengan KITAS
- Untuk mencatat urusan KITAS dan Re-entry permit yang telah dikeluarkan oleh pihak imigrasi
- Biaya : Rp 50, 000
SKLD (Surat Keterangan Lapor Diri)
- Dimohon di kantor Polisi Daerah (POLDA) setelah KITAS dikeluarkan. (JANGAN LEWAT SEBULAN SETELAH KITAS DIKELUARKAN)
- Biaya : Rp 150, 000
- Sidik jari : Rp 20, 000
- Disertai :
Salinan passport
Salinan KITAS
Salinan com kemasukan terakhir ke Indonesia
ID photo 2x3 (3 keping)
ID photo 4x6 (3 keping)
Surat dari UNSRI
RE-ENTRY PERMIT
- Digunakan apabila mahu keluar masuk dari Indonesia setelah mendapatkan KITAS
- Dimohon di Imigrasi Tempatan
- Jenis-jenis:
Single Re-entry Permit : Rp 200, 000
Multiple Re-entry Permit :
6 bulan : Rp 600, 000
1 tahun : Rp 1, 000, 000
2 tahun : Rp 1, 750, 000
KANTOR IMIGRASI
Kantor Imigrasi Kelas 1 Palembang
Jalan Pangeran Batu
Jaka Baring
Palembang
No. Telefon : 0711 519135
Friday, September 25, 2009
ALERT!!!
Selalu ingat TUJUAN ASAL datang ke Palembang
- Menuntut ilmu
- Lulus dalam masa yang ditetapkan
TUGAS sebagai DUTA NEGARA
- Menjaga PERILAKU & PERIBADI
- FOKUS dalam pelajaran
- Fahami adat resa masyarakat setempat
- Menjalin hubungan yang baik dengan semua orang
- Mempunyai semangat berdikari
- Lulus dengan ijazah yang berkualiti
- Mendaftarkan diri ke KEDUBES melalui PKPMI
PKPMI
Misi PKPMI Cawangan Palembang
- Menjalankan segala aktiviti di peringkat cawangan
- Terlibat secara langsung dengan ahli persatuan
- Memupuk silaturrahim dan semangat 1Malaysia dalam diri setiap pelajar
- Menjaga kebajikan pelajar Malaysia di Palembang
- Mengembangkan potensi diri pelajar
Tanggungjawab PKPMI
- Hubungan dengan badan-badan antarabangsa mengenai pelajaran, kerjasama teknik
- Mendapatkan maklumat mengenai kemudahan pelajaran
- Memberi maklumat mengenai pengiktirafan ijazah
- Urusan pertukaran kursus/universiti
- Menyelia dan menilai laporan prestasi akademik pelajar
- Menjalin kerjasama yang baik dengan pihak universiti
- Khidmat nasihat mengenai kerjaya
- Menyambut penuntut-penuntut baru dan membantu pengurusan visa
- Menggalakkan dan mengawasi aktivit sosial, sukan dan kebudayaan
- Mengurus lawatan Pembesar Negara
- Menjalankan sambutan Hari Kebangsaan
- Menjaga kebajikan dan mengawasi pelajar-pelajar Malaysia
- Mendaftar dan mengawasi persatuan-persatuan penuntut Malaysia
Education
Di sini kami menyediakan maklumat tentang sesebuah penyakit atau apa sahaja yang berkaitan dengan pembelajaran di Fakultas Kedokteran untuk memudahkan pembelajaran anda. Hanya click pada yang berkenaan untuk mendapatkannya.
Anatomy
Neuromusculoskeletal System
Endocrine System
Cardiovascular System
Urogenital System
Respiratory System
Gastrointestinal System
Special senses
Subscribe to:
Posts (Atom)