Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Majlis Sambutan Maal Hijrah dapat dijalankan dengan lancar. Majlis yang sederhana ini memuatkan bacaan doa akhir tahun, solat maghrib berjemaah, bacaan doa awal tahun, bacaan yasin, tazkirah pendek mengenai bulan muharram dan diakhiri dengan solat isyak berjemaah. Terima kasih kepada ahli-ahli yang sudi hadir demi menjayakan lagi majlis ini.

No comments:

Post a Comment