Wednesday, February 10, 2010

KERJASAMA INSURAN

salam/sejahtera

Kerjasama PKPMI PALEMBANG dengan PT ASURANSI TAKAFUL KELUARGA PALEMBANG

PKPMI Palembang ingin mengumumkan bahawa satu kerjasama telah dibentuk di antara PKPMI Palembang dan TAKAFUL INDONESIA cabang PALEMBANG untuk menyediakan pakej insuran bagi pelajar. Antara insuran yang disediakan adalah insuran rawat inap, insuran rawat jalan dan insuran kenderaan. walaubagaimanapun, kami memerlukan sekurang-kurangnya 25 orang untuk ikut serta dalam premium insuran ini, supaya kerjasama ini dapat dijalankan. antara kelebihan kerjasama ini:

-insuran rawat inap boleh digunakan langsung di rumah sakit RK CHARITAS dan RSI SITI KHADIJAH, Palembang. Pemegang premium hanya perlu menunjukkan kad insuran anda tanpa mengeluarkan apa-apa bayaran untuk rawat inap sesuai plan yang diambil

-Jika pemegang premium dirawat di rumah sakit yang bukan Rekanan TAKAFUL (non-provider) termasuk di MALAYSIA, klaim boleh dilakukan dalam masa 30hari sejak keluar rumah sakit dan akan diproses paling lama dalam 14 hari selepas klaim diajukan ke pihak TAKAFUL.

-terdapat pelbagai plan insuran yang disediakan sesuai kemahuan dan kemampuan pembeli premium.

diharapkan semua mahasiswa akan turut serta dalam kerjasama ini memandangkan kesihatan adalah sesuatu yang terletak diluar batas pengetahuan kita.

Kerjasama ini lebih mudah kerana kerjasama yang dilakukan adalah diantara PKPMI PALEMBANG dengan TAKAFUL cwgn PALEMBANG sendiri dan bukan dengan TAKAFUL INDONESIA PUSAT di JAKARTA. Oleh itu, proses permohonan dan pembayaran akan berlaku lebih cepat dan teratur.

sebarang pertanyaan mengenai plan-plan yang disediakan oleh TAKAFUL atau proses permohonannya, sila hubungi langsung saudara Shahir atau Syahmi.

MARILAH MEMBELI INSURAN UNTUK PERLINDUNGAN DI MASA HADAPAN

segala kerjasama amat dihargai
sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment