Wednesday, February 10, 2010

KERJASAMA INSURAN

salam/sejahtera

Kerjasama PKPMI PALEMBANG dengan PT ASURANSI TAKAFUL KELUARGA PALEMBANG

PKPMI Palembang ingin mengumumkan bahawa satu kerjasama telah dibentuk di antara PKPMI Palembang dan TAKAFUL INDONESIA cabang PALEMBANG untuk menyediakan pakej insuran bagi pelajar. Antara insuran yang disediakan adalah insuran rawat inap, insuran rawat jalan dan insuran kenderaan. walaubagaimanapun, kami memerlukan sekurang-kurangnya 25 orang untuk ikut serta dalam premium insuran ini, supaya kerjasama ini dapat dijalankan. antara kelebihan kerjasama ini:

-insuran rawat inap boleh digunakan langsung di rumah sakit RK CHARITAS dan RSI SITI KHADIJAH, Palembang. Pemegang premium hanya perlu menunjukkan kad insuran anda tanpa mengeluarkan apa-apa bayaran untuk rawat inap sesuai plan yang diambil

-Jika pemegang premium dirawat di rumah sakit yang bukan Rekanan TAKAFUL (non-provider) termasuk di MALAYSIA, klaim boleh dilakukan dalam masa 30hari sejak keluar rumah sakit dan akan diproses paling lama dalam 14 hari selepas klaim diajukan ke pihak TAKAFUL.

-terdapat pelbagai plan insuran yang disediakan sesuai kemahuan dan kemampuan pembeli premium.

diharapkan semua mahasiswa akan turut serta dalam kerjasama ini memandangkan kesihatan adalah sesuatu yang terletak diluar batas pengetahuan kita.

Kerjasama ini lebih mudah kerana kerjasama yang dilakukan adalah diantara PKPMI PALEMBANG dengan TAKAFUL cwgn PALEMBANG sendiri dan bukan dengan TAKAFUL INDONESIA PUSAT di JAKARTA. Oleh itu, proses permohonan dan pembayaran akan berlaku lebih cepat dan teratur.

sebarang pertanyaan mengenai plan-plan yang disediakan oleh TAKAFUL atau proses permohonannya, sila hubungi langsung saudara Shahir atau Syahmi.

MARILAH MEMBELI INSURAN UNTUK PERLINDUNGAN DI MASA HADAPAN

segala kerjasama amat dihargai
sekian terima kasih

Monday, February 8, 2010

Air Asia & sakit


Khabar2 angin mengatakan bahawa Air Asia akan membatalkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Palembang dan sebaliknya. Dan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa perkara ini telah dikonfirmasikan benar walaupun masih belum ada pemberitahuan rasmi dari Air Asia. Semua mahasiswa Malaysia di Palembang merasa amat kecewa dengan perkara ini namun diharapkan agar para pelajar tidak mengambil tindakan-tindakan tidak sepatutnya seperti meninggalkan pesanan-pesanan yang amat tidak sopan kepada pihak Air Asia demi kebaikan bersama.

Terdapat berita baik utk para pelajar Malaysia di Palembang mengenai hal ini. Pemberhentian penerbangan oleh Air Asia ni tidaklah melumpuhkan perjalanan kita ke tanah air tecinta untuk selamanya kerana terdapat 2 penerbangan direct ke Palembang yang akan mula dibuka iaitu dari lapangan terbang Subang dan Melaka(masih belum diketahui tarikh pembukaan penerbangan).

p/s: diharap semua pelajar lebih prihatin ke atas kesihatan masing-masing..lg2 bila musim sakit bertembung dengan musim peperiksaan

sementara tiada penerbangan direct..

Here are the airways' fares :-

Air Asia ( LCCT-CGK ) :
- 27 Feb , 0700 - RM 161
- 27 Feb , 0950 - RM 207
- 28 Feb , 0700 - RM207
- 28 Feb , 0950 - RM294
- 6 Mar , 0700 - RM 207
- 6 Mar , 0950 - RM 207
- 7 Mar , 0700 - RM 207
- 7 Mar , 0950 - RM 207

Malaysia Airlines ( KLIA-CGK ) :
- 27 Feb , 0910 - RM 224
- 28 Feb , 0910 - S/O
- 6 Mar , 0910 - RM 224
- 7 Mar , 0910 - RM 224

Garuda Indonesia ( CGK-PLB ) :
- most of the flight are Rp721,000 , but there are 10% discount for students below 25 years old

Slik Air ( S'PORE-PLB ) :
- 184 USD but if go through agent will be 130 USD

Lion Air ( CGK-PLB ) :
- 27 Feb , 1700 - Rp 379,000
- 28 Feb , 1700 - Rp 789,000
- 7 Mar , 1700 - Rp 379,000

Sriwijaya Air ( CGK-PLB ) :
- 27 Feb , 1610 - Rp 327,000
- 27 Feb , 1905 - Rp 327,000
- 28 Feb , 1610 - Rp 527,000
- 28 Feb , 1905 - Rp 607,000
- 6 Mar , 1905 - Rp 417,000
- 7 Mar , 1610 - Rp 267,000
- 7 Mar , 1905 - Rp 267,000

* the fares above based on 05 February 2010
* the fares above will be changeable anytime
* the fares above are based on airway's office and not agent or online
* CGK referred to Jakarta

Just for your information , the tax as below :
- in Palembang Airport - domestic flight Rp 35,000
- in Jakarta Airport - international flight Rp 150,000

More information , can go to the airway's office :
- Air Asia - www.airasia.com
- Malaysia Airlines - www.malaysiaairlines.com.my
- Garuda Indonesia - Jalan Rivai
- Silk Air & Lion Airs - Hotel Sanjaja , Jalan Rivai
- Sriwijaya Air - Jalan Radial

-copied from Michelle-

Wednesday, February 3, 2010

datuk dr junaidy kekal pengarah MSD hingga 2012

Asmkm dan Salam Sejahtera,

1.Saya ingin merakamkan sepenuh penghargaan diatas segala sokongan dan kerjasama semua pemimpin pelajar dan para pelajar semua sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Pengarah JPMI selama 3 tahun 2 bulan. Saya dan keluarga juga mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang perkhidmatan saya di sini. Tempoh saya akan tamat pada 31 Januari 2010.

2. Namun atas kehendak Allah SWT, Kerajaan Malaysia telah sekali lagi menyambung perkhidmatan saya sebagai Pengarah JPMI selama DUA tahun lagi, mulai 1 Februari 2010 hingga 31 Januari 2012.

3. Sekali lagi saya mohon kerjasama semua pemimpin pelajar dan para pelajar semua dalam menjaga keharmonian dan keamanan hidup kita di rantau orang. Saya berjanji akan membantu susah payah dan perjuangan para pelajar semua seperti yang telah kita lalui bersama sebelum ini. Sekali lagi terima kasih. Salam.

Datuk Dr Junaidy Abu Bakar
Pengarah
Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia (MSD)
Kedutaan Besar di Indonesia
Jakarta. Indonesia.
+62 81 80 88 11111